Tuesday, February 15, 2011

Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat diukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. 
 
Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuanlitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. 

Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell ( 1949 ) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak.

No comments:

Post a Comment