Friday, February 18, 2011

Bagaimanakah mengukur kepintaran??

Kepintaran boleh diukur.  Terdapat alat dan teknik tertentu untuk menentukan tahap kepintaran seseorang.
Ianya digunakan oleh anggota profesional terlatih.  Alat tersebut boleh dibuat dalam bentuk ujian aptitud atau ujian pencapaian.

Ujian Pencapaian:
• Mengukur tahap pengetahuan atau kompetensi seseorang dalam bidang tertentu
• Menganggap kepintaran adalah kapasiti mental yang boleh diukur melalui analisa pencapaian ujian mental (contoh; ujian IQ)

Ujian aptitud:
• Mengukur potensi seseorang untuk mempelajari sesuatu tugasan khusus
• Ia mengandaikan bahawa kemahiran semasa seseorang boleh meramal pencapaian sesuatu tugasan khusus pada masa hadapan

Apakah itu IQ?
IQ adalah singkatan kepada "Intelligence Quotient".  "Quotient" bermaksud suatu ukuran piawai. Oleh itu, IQ adalah suatu ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori-teori kepintaran.  Ujian IQ adalah alat mengukur kepintaran yang biasa diguna pakai.
• Biasanya IQ dikira sebagai Umur Mental/Umur Kronologi X 100
• IQ dinilai berdasarkan skor seseorang
• Kebanyakan orang mempunyai skor IQ di antara 70 - 130
• IQ sederhana adalah sekitar 100

Apakah yang diuji melalui Ujian IQ?
Pelbagai ujian telah dicipta untuk mengukur kemahiran berkaitan pembelajaran dan umur mental kanak-kanak.

Ujian ini biasanya mengukur:
• Kemahiran pertimbangan tanpa lisan ("Nonverbal reasoning skills")
• Kemahiran lisan
• Pengetahuan

Bagaimanakah skor IQ dapat membantu?

Biasanya skor IQ dapat meramal pencapaian akademik Walau bagaimanapun Skor IQ tidak
dapat menerangkan indeks lebar kepintaran.

Apakah pengertian skor IQ?
Panduan umum maksud skor IQ adalah seperti di bawah :
• 130 ke atas - Kepintaran unggul
• 110-120 - Kepintaran sederhana tinggi
• 90-110 - Kepintaran sederhana
• 70-90 - Kepintaran sederhana rendah
• Di bawah 70 - Terencat akal

Perlu diingatkan, ujian IQ tidak mengukur kemahiran penyesuaian diri secara menyeluruh.  Contohnya, seseorang yang mempunyai IQ 130 mungkin tidak mempunyai kemahiran sosial.  Manakala seseorang yang mempunyai IQ di bawah paras sederhana mungkin mempunyai kemahiran sosial yang baik.

Apakah fakta lain yang ada hubung kait dengan kepintaran?

Kreativiti
• Keupayaan menghasilkan idea-idea asli dan baru yang boleh diukur melalui beberapa cara

Kepintaran Emosi, EQ
• Keupayaan menilai, memahami dan meluahkan perasaan
• EQ tinggi = Empati tinggi

Kepintaran Kerohanian, SQ
• Keupayaan untuk memahami diri sendiri dari aspek perkembangan rohani dan menggunakannya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

1 comment:

  1. Thank for your blog. It's nice. I am happy to follow you and read this post. I hope you will follow me at quà tặng tết.

    ReplyDelete